Rombongan Cik Kiah ke Cheshire Oak & Boundary Mills…

Disember 25, 2007

Kepada ahli-ahli garaj sekalian….

Seperti yang diketahui esok kita akan mengadakan rombongan ke Cheshire Oak dan ke Boundary Mills. Aktiviti yang dirancang adalah seperti berikut:

7.00: Berkumpul di depan Garaj Membara…

7.30: Bertolak ke Cheshire Oak

9.30: Sampai di Cheshire Oak sambil berehat dan menjamu selera

10.00: Kedai shopping bukakkk… Serbuuuu..!!! Aktiviti bebas sambil menghabiskan kepala queen (jgn lupa tinggalkan sikit utk dihabiskan di Boundary Mill)

13.00: Berkumpul semula di kenderaan masing-masing…

13.30: Bertolak ke Boundary Mills

14.00: Singgah makan di tempat yang sesuai…

14.45: Sampai di Boundary Mills serbuuuuu lagiii…!!! (kali ni kasi betul-betul abiskan kepala Queen)

17.30: Berkumpul di tempat parking

18.00: Bertolak balik ke Garaj Membara

19.00: Sampai dan balik ke rumah masing-masing… tido…

Nota Kaki:

1. Diharapkan setiap keluarga dapat menyediakan sedikit juadah sarapan pagi dan makanan tengahari (cth: mihun goreng, nasi, kuih muih, minuman etc.)

2. Sebarang pertanyaan sila kemukakan kepada ketua rombongan En. Madie

3. Untuk maklumat lanjut: 1. Cheshire Oak 2. Boundary Mills

Sekian Sahaja.

Wakil dari Ketua Rombongan

Ibnu Said


Adegan gaduh paling best dalam citer melayu…

Disember 25, 2007

Salaam Ceria Mate,

Minggu lepas waktu borak-borak kat Charcoal tu ada terkeluar pasal citer-citer P Ramlee nih… yelah citer P Ramlee ni kalau nengok bape puluh kali pun lawak dia tetap kita nak gelak jugak… nak-nak kalau tengok ramai-ramai mesti seronok punye walaupun kita dah tau dah apa jalan citer dia… tak macam citer-citer komedi melayu yang macam skang nih banyak yang lawak slapstik daripada lawak yg selambastik (nih aku punye sindri punye definition daa…). Skang bagi aku lawak-lawak moden yang kira best sikit adalah Yasin dan Saiful Apek yang paling selamba sekali Yasin, kalau Apek tu lawak dia ada banyak unsur-unsur slapstik jugak… tapi kira okeylah daripada lawak-lawak pelawak yang moden yang lain…

Okeh, skang berbalik pada tajuk posting nih iaitu adegan gaduh paling best sekali dalam citer melayu… bagi aku adegan gaduh yang paling best adalah kat dalam citer Pendekar Bujang Lapuk… sampai skang nih aku masih tertanya-tanya kat mana diaorang buat scene tu… best kalau dapat melawat tempat-tempat macam tu yg ada kat dalam filem dan imbas kembali nostalgia citer-citer lama… tapi aku raselah tempat-tempat camtuh mesti dah tak de lagi… ditelan dek arus pembangunan dan kemodenan… berbeza macam tempat-tempat kat UK nih… sampaikan rumah yg aku duduk dulu (dekat Beeston) adalah rumah-rumah zaman perang dulu pun masih utuh lagi…. okelah cukuplah dulu setakat nih membebel di pagi Krismas yang hening nih… akhirul kalam… saksikan adegan gaduh paling best dalam citer melayu…

Ceria!! (Cheers)

Ibnu Said


Salam dari Akula

Disember 24, 2007

Salam dari akula untuk semua.


Blog Garaj Membara Bermula

Disember 23, 2007

Salam untuk semua ahli garaj

Bermula dari saat ini, segala maklumat mengenai aktiviti garaj akan diistiharkan melalui blog ini. Semua ahli perlu menyemak segala aktiviti di blog.

Aktiviti pertama yang dibincangkan pada hari ini acara tembak menembak perlu diusahakan dan dilaksanakan pada awal tahun 2008 sebagai acara tahun baru kita. Insyaallah Dr. Basa akan uruskan.

Kepada semua ahli rajin-rajinlah menyampaikan maklumat melalui blog ini.