ice skating 2008

Assalamu’alaikum wbth

Dengan in dimaklumkan bahawa MSCL sedang merancang untuk mengadakan
program diatas bertempat di Ice Cubes Leeds, Millennium Square pada 2
Februari 2008, sesi 2.00-3.30 petang. Tempahan dijangka dibuat atas nama
MSCL dalam kategori ‘komuniti’ untuk mendapatkan diskaun berkumpulan pada
kadar ₤5 seorang.

Tempahan akan dibuat pada hari Khamis 31 JAN 2008. Kepada sesiapa yang
berminat membawa anak-anak dan/atau diri sendiri untuk menyertai program
tersebut sila hubungi wakil kawasan anda:

Beeston : Sdr Fakharuddin,
Harehills dan sekitar: Sdr Bachik, Ustaz Daud,
Holborn Terrace/Shay Street/Woodsley Terrace, Headingley dan sekitar: Sdr
E atau Sdr Jo,
Argie Avenue dan Grayson Height dan sekitar: Pn Hanim ;

pada atau sebelum 30 Januari 2008 dan DAN BERIKAN NAMA, UMUR, DAN JUMLAH
WANG YANG MENCUKUPI kepada wakil- wakil tersebut. Sila ambil perhatian,
tempahan nama tanpa wang yang mencukupi TIDAK akan diterima. Sila pastikan
juga nisbah minima dewasa : kanak-kanak 8 tahun ke bawah adalah 1 :3 dan
setiap ibu bapa bertanggung jawab ke atas anak-anak mereka sendiri.
Setelah tempahan dengan ICE CUBES LEEDS dibuat, tiada wang akan
dipulangkan; walaubagaimanapun penggantian boleh dibincang.

Untuk maklumat lanjut berkaitan luncur ais sila rujuk website:
http://www.leeds.gov.uk/icecube/

Termasuk dalam perancangan:Jika ada sambutan yang memuaskan,
makanan/minuman ringan (cadangan: burger Mahmood dan minuman tin) selepas
sesi luncur ais akan disediakan pada kadar ₤1.50 seorang, yang mana
lebihan akan disalurkan ke tabung MSCL/kelas pengajian Islam kanak-kanak /
remaja Leeds. Sila nyatakan samada anda inginkan pilihan ini.

Nota.
1. Dijangkakan pada pagi tersebut akan berlangsung program kelas AlQuran
dan Fardu Ain kanak kanak dan, kelas Pengajian Islam bagi remaja MSCL.
Program luncur ais akan dibuat selepas program tersebut.
2.Jika ada sebarang pertanyaan boleh kemukakan kepada wakil kawasan atau
saya sendiri melalui alamat emel ini atau email terbuka kepada MSCL
3.Tempat dan waktu pertemuan, dan lain-lain pengumuman untuk program pada
hari tersebut akan ditetapkan selepas tempahan dengan Ice Cube Leeds
dibuatkan.

Sekian. Harap maklum.

NB : Perhatian buat wakil kawasan. Sila pastikan nama, umur dan wang yang
mencukupi diperolehi semasa tempahan di buat. Wang tempahan akan di kutip
selewatnya pada malam rabu 30th Januari 2008 pada waktu yang akan
ditentukan kemudian.

basa

Satu Respons bagi “ice skating 2008”

  1. Siang Panas, Malam Sejuk « Coretan Perantau Berkata:

    [...] Sabtu 2 minggu lepas, sekali lagi Eizzah berpeluang bermain ice skating di Leeds Millennium Square. Suatu acara berkumpulan di atur untuk menjayakan acara ini. Seramai 27 orang kanak-kanak dan penjaga mengikutinya. Acara ini dilaksanakan dengan terancang oleh saudara Basa dengan jayanya di bawah MSCL, syabas. Baca di sini. [...]

Tinggalkan jawapan