Februari 29, 2008

Adalah ini dimaklumkan bahawa satu perlawanan bolasepak persahabatan akan diadakan pada hari Ahad ini 2 Mac 2008 bertempat di padang Cross Flat (klik untuk peta) jam 1300 GMT (pukul 1.00 tghari). Kehadiran adalah amat-amat digalakkan (sunat mu’akkat)… lagi ramai lagi bagus… kalau kaki bangku pun tak apa… yang penting kita main untuk seronot-seronot dan mengeratkan silaturrahim di antara kita… untuk maklumat lanjut sila hubungi saudara E penyelaras ataupun kapten bagi team holborn/shay atau Isma a.ka. mamak penyelaras ataupun kapten bagi pasukan Beeston.
Sekian harap maklum,
Yang menjalankan tugas.
Ibnu Said
Leave a Comment » |
Makluman Umum |
Pautan Kekal
Dikirim oleh ibnusaid
Februari 9, 2008

Ya… itulah tajuk berita di Utusan Malaysia berkenaan dengan HTC Touch Cruise…. dan kini 2 orang ahli garaj sudah memilikinya… terpampang kepuasan di muka masing-masing… (boleh senyum sampai ke telinga) kalau dulu tajuk HTC Touch Cruise ni merupakan agenda utama di garaj… kini ianya ia sudah berada di dalam genggaman… mungkin dah boleh tidur lena agaknya… harga yang ditawarkan di Malaysia adalah RM2,799, kalau ikut currency rate hari ini dalam £455 dan harga kat sini £399.95 tak termasuk postage… masih berbaloi jugak rasanya… untuk berita selanjutnya… sila klik disini…dan kepada yang belum ada tu apa lagi… jangan tunggu lama-lama… kalau nak alternatif lain (kembar kepada HTC Touch Cruise nih) O2 Orbit XDA II ada… pastu kalau nak install Garmin XT ke Tomtom Navigator 6 ke… pegi je ke rumah nombor 4… jangan lupa bawak sikit pengeras dia… lagi banyak pengeras, lagi banyak map dapat dan lagi mudah untuk sampai ke lokasi yang dituju seperti tajuk berita di utusan tu…(tapi jgn lupa bayar royalti kat E untuk Map Europe dan Mat Ju untuk Map UK)…
Ibnu Said
1 Komen |
Makluman Umum |
Pautan Kekal
Dikirim oleh ibnusaid
Februari 8, 2008
Salam ahli garaj,
Yang sedia maklum, seperti minggu-minggu sebelum ini, aktiviti berembun di garaj setiap sabtu malam akan diteruskan. Memandangkan cuaca pun semakin baik, jadi rasanya aktiviti garaj akan diteruskan di garaj seperti biasa.
Untuk minggu ini, akan diadakan sekali BBQ ringan, samada udang (seperti cadangan bakal bekas pengerusi) ataupun daging burger dan sosej. Untuk memeriahkan lagi, dapatlah kiranya kalian yang akan hadir membawa sedikit sebanyak makanan untuk dikongsi bersama. Minuman, kiranya dapat diadakan kembali ‘teh garaj’ yang seminggu dua ini tidak dapat disediakan. Diharap tuan punya cerek dapat menyediakan peralatan ini.
Sekali lagi dimaklumkan, garaj akan mula beroperasi dari jam 9.45 malam. Terima kasih kepada tuan punya garaj kerana sudi menyediakan garajnya sebagai tempat meja lipat bersembang.
Harap maklum.
1 Komen |
Makluman Umum |
Pautan Kekal
Dikirim oleh Madie
Februari 8, 2008
Salaam sume ahli Garaj…
Kini ada satu cara lagi yg agak mudah utk nak tentukan kiblat secara visual menerusi Qibla Locator… http://www.qiblalocator.com/
Sebagai contoh gambar dibawah menunjukkan arah kiblat di 4 Shay Street (rumah sape le tu agaknye yekk…)

Kat bawah ni plak.. kalau-kalau lum semayang Isyak lagi waktu meeting kat garaj tu dan nak semayang Isyak kat garaj…

kalau tak caya… cube rujuk pulak dengan Grand Mosque punye kiblat untuk bagi yakin…

OK.. sekian sahaja.. ke temu lagi di waktu yang lain…. SELAMAT BERAMAL!!!
Ibnu Said
1 Komen |
Makluman Umum |
Pautan Kekal
Dikirim oleh ibnusaid