Takraw di Holborn

April 28, 2008

Pada sabtu bersamaan dengan 26 April 2208…
hari paling sakit kat aku nih…..
ape tak nye..6 jam main takraw tanpa berhenti…ni kire kalau main kat malaysia dah bole masuk rekod dah ni….
selepas berpenat lelah menolong 2 rakan kita yang berpindah rumah ke Holbon dan belakang Leed Med. Practice….memasing sepakat nak main sepak raga bulat…
memula tu timbang2…pakai baju tebal…tangan seluk poket….
lepas tu bukak jaket…panas….lepas tu..main kat belakang rumah madi la…depan rumah eran tak luas….
tengah main Jo pun datang….’Hek eleh..apa barang timbang2…carik tiang la…’ begitula katanya…kami pun carik la tiang…dan tiang didai kain rumah Nizam telah menjadi mangsanya…
main punye main..sampai pukul 8 daa…
peh…bukannye penat…kakai yang sakit…tobat kejap xnak main takraw….. lepas tu memasing baik rumah..mandi n berurut..hehehe….dan bersedia ke GARAJ MEMBARA

Begitulah serba sedikit komen terbaru dari rakan GARAJ yang julung-julung kali memecah rekod berlatih & bermain takraw 6 jam tanpa henti dan peluh sekadar beberapa titik (sembang saja lebih…).

Maka dengan itu bermulalah satu lagi episod khas dibawa dari Holborn, riadah bermain takraw.

Pihak Garaj Holborn mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Jejan yang sudi membeli dan membawa bola takraw dan jaring dari Malaysia tempoh hari. Terima kasih juga kepada Bang Man dan wakil Beeston yang lain.

Kalau berani, hari Sabtu turun Holborn kita lawan takraw.