Takraw Membara di Holborn

Jun 25, 2008

Perlawanan Sepak Takraw Membara Holborn

Sabtu, 22 Jun 2008 (3.30 pm – 7.15 pm)

6 pasukan pilihan membara mencari juara


Salam dari Kubang Kerian

Jun 17, 2008

Assalamu’alaikum semua,

 

Apa khabar? Nampaknya makin rancak aktiviti kat holborn. Baguslah tu.

 

Bbaru hari ni berkesempatan menaip email. Sebelum ni, jika ada masa pun talian internet tidak mengizinkan… kalau di rumah mentua tu terpaksa guna dial-up. Nak buka satu page pun lembab. Jadi… rasa malas nak menulis email. Hari ni aku da diperuntukkan bilik sendiri, tapi kena pakai laptop sendiri kerana computer yang dibekalkan agak kuno.

 

Alhamdulillah,  semuanya berjalan lancar sehingga kini. terima kasih daun keladi kepada Jo, E, dan Eran kerana sudi menghantar ke Leeds Bradford airport.  Selepas bertolak ke London hari tu, sempatlah submit thesis dan bawa budak berehat di taman berhampiran tempat sekola aku. Cuaca hari tu mencecah 30C di London. Agaknya, Dia nak suruh biasakan dgn cuaca di Malaysia.

 

Semasa mendaftar masuk ke ruang menuggu untuk memasuki pesawat di Heathrow, kami dirujuk kepada seorang pegawai. Mereka cuma mahu memastikan bagasi kami tidak berlepas tanpa tuannya. Mereka curiga agaknya dgn jumlah kami seramai 4 orang – 3 kanak-kanak- tetapi membawa jumlah bagasi yang agak banyak. Terdengar perbualan pegawai tersebut melalui radio dua hala yang menyebut ‘everything is OK, they are all here. The bags can go through’.

 

Penerbangan ke Malaysia secara keseluruhannya baik. cuma ada sekali digemparkan apabila pesawat ‘drop’ secara mendadak – sudden loss of altitude for about almost a second; mungkin kerana malalui ‘air pocket’. Kedengaran beberapa orang dewasa menjerit terkejut, tetapi suara kanak-kanak mengilai ketawa – pengalamannya seperti perasaan kecut perut  apabila roller coaster yang menuruni cerun tinggi.

 

Kami tiba di KLIA dgn selamat. Tetapi, salah satu bagasi didapati hilang. Laporan dibuat di pejabat berhampiran. Mereka berjanji akan cuba mengesan beg tersebut. Dalam hati, merasakan ini mesti ada kaitan dgn situasi di heathrow sebelum menaiki pesawat. (Pegawai MAS telah mengesahkan, selepas dua hari kami tiba, beg tersebut tertinggal di tempat kuarantin di Heathrow dan mereka telah hantarkan ke alamat yang aku berikan.)

 

Diluar, kami disambut oleh Kak Mas dan emaknya. Cuaca dan suhu Malaysia mula terasa semasa dalam perjalanan ke tempat letak kereta. Badan mula terasa melekit dan peluh mula menitik dari dahi. Inilah Malaysiaku.

 

‘Jet lag’ masih terasa hingga hari ini. Tiga-empat hari lepas, aku hanya dapat tidur 2 jam dari 2 pagi sampai 4 pagi. Waktu lain – terkebil sendiri. Mungkin kerana setiap malam sejak Kak Mas pulang aku hanya sempat tidur selama 2 jam sehari kerana menghabiskan kerja dan mengemas rumah holborn terrace. Ditambah pula, menonton euro2008 bila rasa tidak mengantuk. Agaknya tabiat tidur dah terbawa-bawa ke hari ini.

 

Buat masa ni, aku dah mula bertugas di Kubang Kerian – duduk duduk dan buat kerja sendiri saja kerana tiada tugasan. Walaubagaimanapun beberapa tugasan telah dijanjikan. Keluarga masih di Kajang. Kelmarin, aku telah memberi kata janji bersetuju untu menyewa rumah di Demit, 500m dari tempat kerja. Rumah baru siap, belim dapat CF lagi. Sewa rumah dah naik – sekarang RM 750  untuk rumah teres 2 tingkat dengan 4 bilik dan 3 bilik air.

Kontena dijangka sampai 23hb. Kapal sekarang berada di Laut Arab, sekitar longitud 60’ di selatan Oman. AP masih belum dipohon. Ejen ‘Forwarding’ sudah dihubungi. Aku masih menunggu balasan email dari Khairi / Nasri berkaitan dokumen / nombor seal kontena, gambar, dan sebagainya. Tiada perhubungan langsung antara aku dan wakil Crown Ace selepas kerja mengangkut barang ke dalam kontena. Apa dah jadi ni? Permohonan untuk permit pembantu rumah juga belum dibuat. Nampaknya penyesuaian ke alam kerja dan tinggal di Kelantan ini akan mengambil lebih banyak masa…

 

Akhir sekali, terima kasih kepada Jo kerana tolong jengok dan uruskan apa yang patut di 20 HT dan garaj. Bila masuk hujung minggu pasti teringatkan teman teman garaj. BBQ apa agaknya minggu ni? Nak ke Mahmood, tengah cuti pulak ye tak? tentunya tak banyak manusia bertopeng yang berkeliaran.  InsyaAllah, akan cuba telefon sewaktu garaj bersidang nanti jika berkesempatan.

 

Basa

Kubang kerian.