Garaj Bersidang

Julai 18, 2008

Malam ini, garaj dijangka akan bersidang setelah ditutup hampir 3 minggu…

Arakian, bergondong-gondonglah ahlil garaj dijemput datang untuk bersidang dengan YDP tetap Tuan Eran mewakilkan mp alor setaq membuka garaj…


Ranking ke-9 dan ke-12

Julai 14, 2008

Kesan dari penangan Futsal MSCL 2008 ini bukan hanya dirasai di mailing list MSCL malah ianya jugak telah melonjakkan blog Garaj Membara di tangga ke-9 blog berbahasa melayu yang popular di wordpress pada tanggal 14 Julai 2008,

dan jugak posting yang berkenaan dengan perlawanan futsal tersebut telah menduduki tangga yang ke-12 di dalam top post Bahasa Melayu.


Kejohanan Futsal 6 Sebelah

Julai 12, 2008

Keputusan perlawanan Futsal 6 sebelah, setelah tamat masa (3 jam) padang ditempah:

  • Johan – Pasukan Songgora Api, Harehills
  • Naib Johan – Pasukan Pilihan Universiti
  • Ketiga – Pasukan Garaj Membara
  • Keempat – Pasukan Peteh Beeston Peteh
  • Kelima – Pasukan Impian Kirkstall

Mengikut perancangan 4 pasukan teratas akan berentap di separuh akhir dan seterusnya ke akhir untuk penentuan juara.

Untuk liputan penuh kejohanan sila layari Coretan Perantau


Team Garaj Membara

Julai 12, 2008

Pasukan inilah yang menggalahkan pasukan bujang, Songgora Api Hare Hills (2-1) di dalam pertandingan futsal 6 sebelah anjuran MSCL, Leeds Julai 2008. Pasukan rival Kirkstall, awal-awal lagi sudah ditundukkan di dalam perlawanan pembukaan. Pasukan ini dibarisi oleh: (duduk dari kiri) Carlos ZAMEL, Park J Sung, Robeto MARDIo, Rio ferdERAN, (berdiri dari kiri) Peter CheNIZAM, Joe Cole, Zainuddin ZAHRIL, dan Wes BAD.


Futsal MSCL – Kenyataan Media

Julai 11, 2008
KENYATAAN MEDIA

PEJABAT GARAJ MEMBARA

Garaj No.2 Holborn Terrace

LS6 2QA Leeds

Tel: Belum Pasang lagi Faks: Pun Belum Pasang

Blog: http://garaj.wordpress.com

To : All News Editors
From : JOE Mourinho
Pengurus Pasukan Holborn
Date : 11th July, 2008

SENARAI PEMAIN PASUKAN GARAJ MEMBARA

Berhubung dengan perlawanan Futsal yang akan diadakan pada 12 Julai 2008 maka disini pasukan Garaj Membara Holborn menyenaraikan pemain-pemaian yang akan beraksi dan tidak akan beraksi.
  1. Rio ferdERAN (Pengerusi kelab dan ketua pasukan)
  2. Robeto MARDIo (pemain tajaan Nike)
  3. Park J Sung (penerima kasut emas)
  4. Carlos ZAMEL(penerima kasut emas)
  5. Wes BAD (ketua tektikal sebab dia ada PHD)
  6. Peter CheNIZAM (Dipinjam dari Idemitsu Chemical Pasir gudang merangkap pemandu pasukan – baru dapat UK Licence)
  7. Joe Cole (merangkap pengurus pasukan)
  8. Zainuddin ZAHRIL (Pemain Tajaan UMBRO)

Full time reserve:

  1. IDRIS Ballack ( menjadi pegawai perubatan, Tok Bomoh dan Water boy)
  2. Dirk E Kut (digantung perlawanan akibat kecederaan dan prestasi yg tidak memuaskan. Di hantar ke kem balik pulau utk training sambil makan durian)

Berhubungan dengan ini, pemain-pemain yang telah disenaraikan tidak akan dijual oleh pasukan Graj Membara Holborn walau apa pun tawaran yang dibuat. Segala surat dan email yang berkaitan akan dibuka dan dibaca tapi belum tentu dibalas.

Segala permasalahan dan pertanyaan mengenai perlawanan dan pemaian mestilah ditujukan terus kepada pengerusi kelab Mr.Rio ferdERAN.

Untuk pasukan yang bertanding terutama Kirkstall mohon sediakan bekalan air, tangki oksigen dan tuala untuk mengelap peluh yang secukupnya.

Pesanan untuk pasukan Beeston United perkemaskan pasukan anda untuk menerima kekecewaan.

Akhir kata semua diharap bersiap sedia untuk perlawanan nanti dan mohon datang pada waktu yang telah ditetapkan

Mr.Rio ferdERAN

Pengerusi

Kelab Garaj Membara