Fist time dapat tulis artikel dalam blog yang glamer ni eh….
Mancing lagi……Pada trip kali ini lokasi kami adalah sama dengan lokasi yang lepas sama sebab dia besti aitu di Bangor, Wales.Para pelakon kali ini dibintangi oleh Joe selaku pengurus Holbon, Madi dan Zahril selaku Pilot, Eran, hizamel, Idris, Abg. Man dan saya selaku pelakon tambahan. Bertolak dalam pukul 4.00pg sebab ade le mamat tu yang bangun lambat.
Kali ni kira nak all out jugak la, jadi semua pelakon-pelakon telah menyiapkan diri dalam keadaan yang terbaik…Tiba aje kat sana ade yg tanpa membuang masa terus membaling pancing walaupun perut berbunyi. Sempat dalam 10 kali balingan hampir naik ke khemah..lapar beb…Mancing punye mancing..sekoq pun tarak…ni yang paneh hati nih….tapi sabar…. ingat lesson yang pertama…mancing melatih kita bersabar…Sampai la ke pukul 4.01ptg, Eran telah membuka lembaran semangat setelah berjaya menaikkan baby mackerel…hehehehe..Maka arakian apabila melihatkan sahabat berjaya menaikkan hanya bayi yang baru belajar berenang, tanpa membuang masa pelakon-pelakon yang lain terus berjuang dengan semangat yang berkobar-kobar..yang tinggal hanya seorang saja di dalam khemah ketika itu…akula…Selang 10 minit selepas itu seorang pelakon lain telah mendapat 2 ekor bayi mackerel…Hizamel…belum menaikkan darah aku….sehinggalah 10 minit seterusnya Madi telah berjaya menaikkan 4 ekor…aku terus bingkas memegang joran dan beraksi….biasala…hero la katakan…terus je berjaya mendapat 5 ekor…dan kemudian dapat lagi 4 ekor….Sedang leka memancing datanglah beberapa orang pemancing malaysia juga dari Liverpool yang pada firasat saya tegar jugak orangnya. Menurut beliau, trend terkini ikan mackerel ini adalah hanya datang pada waktu petang berbanding pagi ketika kami datang beberapa bulan lepas…satu info yang amat berguna. Dengan persetujuan semua kami telah sepakat untuk mengextendkan tempoh memancing untuk seketika lagi dan hasilnya kami telah berjaya mendapatkan dalam 50 ekor mackerel. Satu jumlah yang lumayan jugak.Kami bertolak pada pukul 9.00 malam sebelum berlakunya episod yang lebih tragis…ikuti kisah ini minggu depan…





Ogos 19, 2008 at 8:31 pm |
akhirnya dapat juga ko menggatal tangan dalam blog membara ni yer…
dah 3,4 kali invite..tak gheti2 nak terima..
dan…pesal entri macam besa ko nengok dalam blog yang parit-parit gitu…
anyway..teruskan memblogkan diri…
Ogos 20, 2008 at 11:43 am |
Pada ayat terakhir kat perengan pertama tu perlu ‘censored’ dan ditukar dengan perkataan lain atau isilah lain atau lebih baik berikan sebab lain… sebab kalau nak forward page blog ni kat orang Mesia agak kurang sesuai… terima kasih…
PENAPIS FILEM / BLOG LEEDS….:):)
Ogos 21, 2008 at 10:04 am |
bab yang mana pulak ni yang sensor nih….
mana ade menyentuh agama dan perkauman nih…
ya sallam…
Ogos 30, 2008 at 9:08 pm |
laaa…. macam telenovela pulak. bagus! bagus! teruskan usaha… tak sabar rasanya nak tahu episod seterusnya.. he..he…
April 17, 2009 at 2:29 pm |
[...] bangor edisi ke-2…Mancing lagi [...]