Perlawanan Bola Muhibbah 2008

Ogos 7, 2008


Pengurus Tetap Holborn: Garaj Membara

Perlawanan bola sepak Muhibbah Teruna Fc (bujang) vs Family Fc
Pada :  2 Ogos 2008 (Sabtu)
Tempat: South Leeds Stadium, Beeston
Masa: 2.00 ptg -4.30 ptg


Team Garaj Membara

Julai 12, 2008

Pasukan inilah yang menggalahkan pasukan bujang, Songgora Api Hare Hills (2-1) di dalam pertandingan futsal 6 sebelah anjuran MSCL, Leeds Julai 2008. Pasukan rival Kirkstall, awal-awal lagi sudah ditundukkan di dalam perlawanan pembukaan. Pasukan ini dibarisi oleh: (duduk dari kiri) Carlos ZAMEL, Park J Sung, Robeto MARDIo, Rio ferdERAN, (berdiri dari kiri) Peter CheNIZAM, Joe Cole, Zainuddin ZAHRIL, dan Wes BAD.


Takraw Membara di Holborn

Jun 25, 2008

Perlawanan Sepak Takraw Membara Holborn

Sabtu, 22 Jun 2008 (3.30 pm – 7.15 pm)

6 pasukan pilihan membara mencari juara


Garaj Minggu Ini!!

Mei 29, 2008

Dari mesej (text) tuan punya garaj:

GARAJ HOLBORN

DATE: 30/05/2008

DAY: FRIDAY

TIME: 10:15 PM

Pakat mai ramai-ramai, ada sesuatu yang istimewa. Seperti biasa juga, air panas tolong la bawa sekali.


Takraw di Holborn

April 28, 2008

Pada sabtu bersamaan dengan 26 April 2208…
hari paling sakit kat aku nih…..
ape tak nye..6 jam main takraw tanpa berhenti…ni kire kalau main kat malaysia dah bole masuk rekod dah ni….
selepas berpenat lelah menolong 2 rakan kita yang berpindah rumah ke Holbon dan belakang Leed Med. Practice….memasing sepakat nak main sepak raga bulat…
memula tu timbang2…pakai baju tebal…tangan seluk poket….
lepas tu bukak jaket…panas….lepas tu..main kat belakang rumah madi la…depan rumah eran tak luas….
tengah main Jo pun datang….’Hek eleh..apa barang timbang2…carik tiang la…’ begitula katanya…kami pun carik la tiang…dan tiang didai kain rumah Nizam telah menjadi mangsanya…
main punye main..sampai pukul 8 daa…
peh…bukannye penat…kakai yang sakit…tobat kejap xnak main takraw….. lepas tu memasing baik rumah..mandi n berurut..hehehe….dan bersedia ke GARAJ MEMBARA

Begitulah serba sedikit komen terbaru dari rakan GARAJ yang julung-julung kali memecah rekod berlatih & bermain takraw 6 jam tanpa henti dan peluh sekadar beberapa titik (sembang saja lebih…).

Maka dengan itu bermulalah satu lagi episod khas dibawa dari Holborn, riadah bermain takraw.

Pihak Garaj Holborn mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Jejan yang sudi membeli dan membawa bola takraw dan jaring dari Malaysia tempoh hari. Terima kasih juga kepada Bang Man dan wakil Beeston yang lain.

Kalau berani, hari Sabtu turun Holborn kita lawan takraw.